ANDA ADALAH PELAWAT YANG KE


Sunday, August 24, 2008

Foto 1

Sungai ini lah sepatutnya di bersihkan segala belukar2, didalamkan , dan dilebarkan serta di pasang longkang U . Kelihatan juga didalam gambar ini jambatan didalam Taman TTDI Jaya yang mana terdapat 2 jambatan yang rendah didalam Taman TTDI Jaya. Jambatan2 ini lah yang perlu dirobohkan dan dibina lebih tinggi kerna semasa kejadian banjir besar dulu limpahan air sungai telah menyekat aliran sungai dengan lancar.


Jambatan ini akan dirobohkan dan digantikan dengan 2 jambatan baru yang mana ketinggianya akan dinaikan kepada aras baru iaitu 10 kaki lebih tinggi daripada aras sekarang. Untuk pengetahuan semua semasa kejadian banjir besar pada 2006 . Jambatan ini tidak di tengelami air malah ianya menjadi tempat selamat dan memyelamat bagi kenderaan2 dan orang ramai.

Kini ianya bakal dirobohkan walaupun pembinaanya tidak sampai sepuluh tahun. Sepatutnya jembatan2 didalam Taman2 TTDI Jaya, Jambatan2 yg menghala ke Giant/Stadium dan Ke Tesco Extra lah yang harus dinaikan dahulu. Ini kerna selagi dibahagian hilir sungai tidak diperbetulkan maka apabila kejadian banjir besar berlaku lagi halangan aliran sungai akan tersekat.

Tembok T bean telah siap dibina apabila siap kelak jambatan ini tinggi 10 kaki lebih daripada ketinggian asal ini akan menyebabkan hartanah2 yang berhampiran akan terjejas nilainya serta keseluruhan Taman TTDI Jaya akan mempunyai perancangan yang tidak kompiten oleh pihak berkuasa dan jabatan yang berkaitan.

Jambatan ini akan dirobohkan dan dibina dengan yang baru sebaik sahaja siap jambatan disebelahnya dengan ketinggian yang sama dengan jambatan yang baru iaitu 10 kaki dari asal.

Lihatlah pembaziran yang akan berlaku disebabkan oleh perancangan yang tidak smart.

Amat malang Amat malang sungguh Negara apabila mempunyai Jurutera2 yang tidak kompiten. Kita mempunyai Menara berkembar tertinggi didunia yang mampu mengawal rintangan angin. kita mempunyai jambatan Pulau Pinang yang terpanjang di Asia Tenggara yang mampu mengawal arus selat Melaka. Tetapi kita cukup2 malang dan hina mempunyai Perunding2, Pakar2, Jurutera2 yang tidak cukup kompiten dan memalukan didalam mereka bentuk jambatan sekankang kera. Dan juga mengikut tunjuk ajar dari Jabatan Parit Dan Saliran.

Seolah2 marahkan nyamuk , kelambu dibakar . Marahkan Masalah sungai, jambatan dirobohkan.

No comments: