ANDA ADALAH PELAWAT YANG KE


Tuesday, October 28, 2008

TERIMA KASIH KAH KAH KAH

TERIMA KASIH KAH KAH KAH DAN SYABAS KAH KAH KAH KEPADA JKR, JPS, JURURUNDING, KONTRAKTOR


Terima kasih sekali lagi KAH KAH KAH kepada mereka2 ini kerna berjaya didalam mereka bentuk jambantan yang merentangi sungai ini dengan meninggikan aras jambatan baru dan jalan serta merobohkan jambatan yang lama bagi mendirikan yang baru.


Terima kasih sekali lagi KAH KAH KAH , tiadalah sekatan atau gangguan air sungai apabila berlakunya isipadu air sungai yang tinggi. Dapatlah penduduk2 Taman TTDI Jaya ini mengalami banjir yang lebih besar dan baik dibandingkan dengan banjir tahun 2006. ;)


Terima kasih sekali lagi KAH KAH KAH kerna dapat membina tambakan tanah dan membuat chooking (seperti tekak tercekik) di tiang2 jambatan baru. Maka dengan ini memjadikan kawasan (that Point) sempit dan mesra banjir.



Terima kasih sekali lagi KAH KAH KAH kerna tidak mengikut disign lama dan juga menambak tanah hingga menutup laluan air sungai disebelah kiri dan kanan.



Terima kasih sekali lagi KAH KAH KAH kerna tidak mengorek tanah ditebing2 sungai dan dasar sungai bagi penglebaran anak sungai pada "that point".

Terima kasih KAH KAH KAH dan Syabas KAH KAH KAH Serta bersyukurlah kita semua kerna mempunyai Jurutera2, Pengarah2 , Jururunding2 dan mereka2 yang berkenaan yang pakar2 didalam mereka bentuk jambatan dan jalan raya ini. Moga2 akan ramailah lagi kelahiran baru yang dapat mempelajari kepakaran yang lebih baik dari ini . Wasalam.

KESIMPULAN (JAMBATAN TETAP DIROBOHKAN)


Dibahagian hulu sungai ini perlu diselamatkan dan pokok2 getah serta pokok kelapa sawit harus di lindungi dari benjana banjir.



Bagi mengelakan bahagian belakang ini banjir(Hulu Sungai) . Jambatan ini harus dirobohkan dan ditinggikan bagi tujuan tidak menghalang/menyekat laluan dan limpahan air sungai.



Jadi apabila jambatan ini dirobohkan dan ditinggikan maka tiadalah sekatan laluan atau halangan bagi air sungai mengalir dengan sempurna apabila isipadu air meningkat. Maka bolehlah keseluruhan Taman TTDI Jaya mendapat banjir yang lebih baik berbanding tahun 2006 nanti. Mungkin akan ada banjir yang dapat menengelamkan rumah2 dua tingkat di Taman TTDI nanti.


Selamat dan berbahagialah kita semua nanti apabila tiada lagi sekatan laluan air yang mudah. Biar pokok2 dibahagian hulu selamat dan penempatan manusia di bahagian hilir dapat tidur dengan lena dan nyeyak. (Sebelum tidor Harap berdoa mudah2an kita dapat menemui NYE dalam keredaan) . Kerna kita menpunyai pihak2 yang bertanggung jawab telah menjalankan kewajiban dan melindungi alam semula jadi.



Lihat lah penahan konkret yang dibina ditebing sungai di bawah tiang baru jambatan. Pembinaan ini menyempitkan aliran sungai seperti chooking . Maka akan berjayalah kita untuk mendapat banjir dengan mudah lagi. Terima kasih pada pihak2 yang berkenaan. Syabas.

Saturday, October 25, 2008

JAMBATAN TETAP DIROBOHKAN


Hasil pertemuan dengan pihak2 berkenaan. Jambatan tetap akan dirobohkan dan dibina dengan ketinggian baru.

Alasan2 yang diberi...adalah

1) Jambatan yang sedia dengan ketinggian sedia ada boleh menyekat pelancaran air sungai apabila aras air meninggkat dan menyebabkan banjir dibahagian belakang (sebelah yang terdapat pokok getah dan kelapa sawit -)

Maksudnya
Jambatan ini perlu ditinggikan supaya aliran sungai tidak disekat. Dan memberikan pelancaran sempurna dengan volume supaya taman TTDI Jaya akan lebih ditenggelami oleh banjir.

2)Jalan ini dan jambatan tetap ditinggikan arasnye . Bagi memberi kesempurnaan untuk VVIP dan VIP melalui jalan ini yang hendak ke TUDM subang bagi menaiki pesawat peribadi atau kerajaan.

3)Jalan utama iaitu GCR menghala ke Bukit Jelutung dan sebaliknya . selalu jem dan sesak.. Maka ianye akan menjadi alternatif kepada penyelesaian kesesakan.

4)Pengiraan ketinggian jambatan diambil kira atas dasar 100 years flood level. Bukan 50 years atau 30 years. Sedangkan jambatan sedia ada pun pengiraanye bergitu tak sampai 15 years dah kena roboh jugak.

5)Tiada apa2 perubahan atau kesan sekirannye sungai2 ini didalamkan atau dibersihkan semak2 belukar atau dilebarkan atau dipasang longkang besar. Tiada kesan keatas aras sungai tersebut.

6)Bagi memudahkan laluan memberi bantuan atau kecemasan oleh Bomba , Polis atau Penyelamat semasa didalam kecemasan nanti.


Itulah alasan2 yang diberikan ...

Kesimpulannye...

1)Mereka tidak peduli tentang nasib penduduk2 Taman TTDI Jaya. Lantak piiiiiiiii lah dengan banjir malah akan mengundang banjir yang lebih besar lagi kerna tiadanya sekatan aliran air sungai lagi.

2)Mereka lebih mengutamakan VVIP atau VIP atau orang kaya yang hanya datang sekali sekala sedangkan alternatif ke TUDM Subang telah pun ada. Mereka mengutamakan depa2 ni daripada penduduk2 Taman TTDI jaya yang mendiami Taman ini sampai bila2.

3)Keutamaan mereka bagi megurangkan kesesakan laluan GCR bukan kesesakan yang dialami olen pendududuk TTDI Jaya waktu2 puncak.

4)100 years Flood lever bermaksud satu kejadian hujan yang kuat dan lebat akan berlaku pada bila2 saja didalam tempoh seratus tahun.
Punya lah bagus depa2 ni. kita penduduk2 taman TTDI Jaya yg hidup 99 tahun 364 hari ni kurang satu hari 100 tahun terpaksa berkorban besar untuk satu hari banjir yg akan berlaku hanya untuk sehari sahaja.
Kalau gitu eloklah depa ini buat perancangan dan persediaan untuk mkenghadapi hari kiamat sekali.

5)Tak buat lagi atau cuba sudah cakap tak da apa2 perubahan (SEDANGKAN TIADA APA2 ATAU CUBAAN DILAKUKAN KEATAS SUNGAI TERSEBUT)

6)Apabila banjir Taman TTDI jaya nanti mudahlah ada yang membantu. Itulah depa. silap2 kerete Jenazah atau mayat pun akan memberi bantuan pada penduduk TTDI nanti.

FIKIR2KAN LAH