ANDA ADALAH PELAWAT YANG KE


Wednesday, August 27, 2008

Surat Terbuka Kepada YB Dr Hj Hasan Ali

Tarikh : 08-08-08

Kepada : Yang Berhormat,

Dato’ Dr Hj Hasan Mohamed Ali,

Tingkat 2,

Bangunan SUK,

40000 Shah Alam, Selangor.

Tel: 0355447104

Fax: 055105829

Daripada : Wakil Pemilik2 Kedai Jayamas 1

Zabri Bin Mokhtar

31, Jalan Saujana Indah 4,

Taman Perindustrian Saujana Indah,

40150 Shah Alam,

Selangor.

Tel: 0193887388/0133887388

Bantahan Sebahagian

Tajuk : Cadangan Menaik Taraf Jalan Montfort(h9) Dari Persimpangan

Politeknik Shah Alam Ke Jalan Masuk TUDM, Shah Alam.

Kontraktor : Cekal Tulin Development Sdn. Bhd.

Pengarah

Projek : Pengarah Jabatan Kerja Raya , Negeri Selangor Darul Ehsan.

Perkara : Merujuk kepada tajuk, diatas kami pemilik2 premis Jayamas 1 memohon pada pihak Yg Amat Berhormat Tan Sri agar dapat

membantu menyelesaikan masalah ini.

2) Untuk pengetahuan pihak Yg Amat Berhormat Tan Sri ,

pihak kami telah dimaklumkan oleh Kontraktor Utama iaitu Cekal Tulin Development Sdn. Bhd. Bahawa jalan utama di hadapan premis Jayamas 1, akan dinaikan ketinggiannya hampir kepada 4 kaki lebih tinggi dari pada asal. Bermula dari petrol pump petronas hinggalan sampai di jejantas hadapan sekolah rendah TTDI Jaya.

3) Dan juga jambatan baru yang akan di bina dengan ketinggian yang lebih tinggi iaitu 10 kaki daripada jambatan sedia ada. Sebaik sahaja siap, jambatan lama akan di robohkan dan akan di bina dengan sebuah lagi jambatan yang baru dengan ketinggian yang sama.

4) Bantahan ini di buat sekeras-kerasnya kerna sebahagian besar jalan2 tersebut masih baru dan baik yang mana telah disiapkan oleh kontaktor pemaju Horsedale Development Berhad.

5) Begitu juga dengan perobohan jambatan amat tidak praktikal bagi digantikan dengan jambatan baru. Saya juga dimaklumkan oleh kontraktor Utama jejantas yang merentasi dihadapan sekalah rendah TTDI Jaya juga akan dirobohkan dan diganti dengan yang baru bg memberi laluan pembinaan jalan ini. Untuk pengetahuan Yg Amat Berhormat Tan Sri , Jejantas tersebut baru dibina kurang dari setahun.

6) Dan lagi kesan ketara keatas pembinaan jalan yang lebih tinggi dan juga jambatan baru yg lebih tinggi . Akan menyebabkan nilai hartanah akan jatuh iaitu kurang bernilai dari sedia ada dan kadar sewa akan menjadi Rendah Serta keindahan Jayamas akan Tercemar. Banyak premis2 yg mengadap jalan raya yg mana yg lebih tinggi tidak bernilai komersial. Contoh terdekat kedai2 setingkat setengah di TTDI Jaya sendiri.

7) Untuk pengetahuan Yg Berbahagia Tan Sri, Jambatan

yang sedia ada ini berada pada kedudukan yang lebih tinggi . Jika dibandingkan dengan jambatan2 yg sedia ada berhampiran dengannya. Contoh jambatan yg merentasi ke Giant dan Stadium. Jambatan di dalam Taman TTDI Jaya sendiri serta Jambatan berhampiran ke persimpangan TUDM.

8) Ketinggian jalan utama akan menyebabkan aliran air hujan akan mengalir kearah premis2 Jayamas 1 nanti. Sedangkan projek tebatan banjir dan pembinaan kolam tadahan hujan telah dibuat dan masih dalam pembinaan oleh syarikat Wijaya Baru Sdn. Bhd. Maka tidak perlunya dibina jalan yg lebih tinggi dan jambatan baru yg lebih tinggi dari asal serta jambatan sedia ada boleh digunakan.

9) Hampir 100% majority pemilikan premis2 di Jayamas 1 adalah milik bumiputra begitu juga pemilikan premis di TTDI Jaya yg mejoritinya dimiliki oleh bumiputra. Dengan kezaliman dan kelulusan projek kepada kroni serta ketidakcekapan konsultan . Pemerintahan kerajaan yang lalu telah banyak menyzalimi rakyat.

10) Kami merayu pada pihakYg Amat Berhormat agar dapat menyiasat projek ini kerna telah dan akan berlakunya pembaziran wang rakyat dengan sewenang-wenang diatas penganugerahan projek tersebut dan ketidakcekapan serta professionalisme consultan didalam mereka bentuk pembangunan ini.

11) Dari itu terdapatnya unsur2 dimana projek ini

menimbulkan keraguan yang jelas dan nyata serta pembaziran yang melampau. Didalam keadaan rakyat yang tersepit dengan kenaikan bagi keseluran barangan diikuti ketidakcekapan pengurusan pemerintahan yg lalu.

12)Tolong lah kami. Kami merayu dengan kuasa yang ada pada Yg

Amat Berhormat agar penyelesaian ini dapat disegerakan. Kami mempertahankan bukan sahaja pemilikan hartanah bumiputra di bandar2 tetapi penjajahan yang sah oleh bangsa lain melalui pemilikan yang sah.

13) Akhir sekali ,Kami benar2 berharap pihak Yg Amat Berhormat Tan Sri , dapat membantu menyelesaikan masalah ini bersandarkan pengalaman Yg Berhormat Tan Sri di dalam pengurusan korperat yang lebih cekap dan professional. Ini kerna sebahagian besar daripada kami adalah pelabur2 di selangor dan ada antara kami yang telah melabur berpuluh2 juta di dalam hartanah di Selangor ini.

: Sekian, Terima Kasih. Wasalam.

Ikhlas : Wakil Pemilik2 Premisis di Jayamas 1

Sesalinan : Yg Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.

No comments: