ANDA ADALAH PELAWAT YANG KE


Tuesday, October 28, 2008

KESIMPULAN (JAMBATAN TETAP DIROBOHKAN)


Dibahagian hulu sungai ini perlu diselamatkan dan pokok2 getah serta pokok kelapa sawit harus di lindungi dari benjana banjir.



Bagi mengelakan bahagian belakang ini banjir(Hulu Sungai) . Jambatan ini harus dirobohkan dan ditinggikan bagi tujuan tidak menghalang/menyekat laluan dan limpahan air sungai.



Jadi apabila jambatan ini dirobohkan dan ditinggikan maka tiadalah sekatan laluan atau halangan bagi air sungai mengalir dengan sempurna apabila isipadu air meningkat. Maka bolehlah keseluruhan Taman TTDI Jaya mendapat banjir yang lebih baik berbanding tahun 2006 nanti. Mungkin akan ada banjir yang dapat menengelamkan rumah2 dua tingkat di Taman TTDI nanti.


Selamat dan berbahagialah kita semua nanti apabila tiada lagi sekatan laluan air yang mudah. Biar pokok2 dibahagian hulu selamat dan penempatan manusia di bahagian hilir dapat tidur dengan lena dan nyeyak. (Sebelum tidor Harap berdoa mudah2an kita dapat menemui NYE dalam keredaan) . Kerna kita menpunyai pihak2 yang bertanggung jawab telah menjalankan kewajiban dan melindungi alam semula jadi.



Lihat lah penahan konkret yang dibina ditebing sungai di bawah tiang baru jambatan. Pembinaan ini menyempitkan aliran sungai seperti chooking . Maka akan berjayalah kita untuk mendapat banjir dengan mudah lagi. Terima kasih pada pihak2 yang berkenaan. Syabas.

No comments: