Saturday, October 25, 2008
JAMBATAN TETAP DIROBOHKAN
Hasil pertemuan dengan pihak2 berkenaan. Jambatan tetap akan dirobohkan dan dibina dengan ketinggian baru.
Alasan2 yang diberi...adalah
1) Jambatan yang sedia dengan ketinggian sedia ada boleh menyekat pelancaran air sungai apabila aras air meninggkat dan menyebabkan banjir dibahagian belakang (sebelah yang terdapat pokok getah dan kelapa sawit -)
Maksudnya
Jambatan ini perlu ditinggikan supaya aliran sungai tidak disekat. Dan memberikan pelancaran sempurna dengan volume supaya taman TTDI Jaya akan lebih ditenggelami oleh banjir.
2)Jalan ini dan jambatan tetap ditinggikan arasnye . Bagi memberi kesempurnaan untuk VVIP dan VIP melalui jalan ini yang hendak ke TUDM subang bagi menaiki pesawat peribadi atau kerajaan.
3)Jalan utama iaitu GCR menghala ke Bukit Jelutung dan sebaliknya . selalu jem dan sesak.. Maka ianye akan menjadi alternatif kepada penyelesaian kesesakan.
4)Pengiraan ketinggian jambatan diambil kira atas dasar 100 years flood level. Bukan 50 years atau 30 years. Sedangkan jambatan sedia ada pun pengiraanye bergitu tak sampai 15 years dah kena roboh jugak.
5)Tiada apa2 perubahan atau kesan sekirannye sungai2 ini didalamkan atau dibersihkan semak2 belukar atau dilebarkan atau dipasang longkang besar. Tiada kesan keatas aras sungai tersebut.
6)Bagi memudahkan laluan memberi bantuan atau kecemasan oleh Bomba , Polis atau Penyelamat semasa didalam kecemasan nanti.
Itulah alasan2 yang diberikan ...
Kesimpulannye...
1)Mereka tidak peduli tentang nasib penduduk2 Taman TTDI Jaya. Lantak piiiiiiiii lah dengan banjir malah akan mengundang banjir yang lebih besar lagi kerna tiadanya sekatan aliran air sungai lagi.
2)Mereka lebih mengutamakan VVIP atau VIP atau orang kaya yang hanya datang sekali sekala sedangkan alternatif ke TUDM Subang telah pun ada. Mereka mengutamakan depa2 ni daripada penduduk2 Taman TTDI jaya yang mendiami Taman ini sampai bila2.
3)Keutamaan mereka bagi megurangkan kesesakan laluan GCR bukan kesesakan yang dialami olen pendududuk TTDI Jaya waktu2 puncak.
4)100 years Flood lever bermaksud satu kejadian hujan yang kuat dan lebat akan berlaku pada bila2 saja didalam tempoh seratus tahun.
Punya lah bagus depa2 ni. kita penduduk2 taman TTDI Jaya yg hidup 99 tahun 364 hari ni kurang satu hari 100 tahun terpaksa berkorban besar untuk satu hari banjir yg akan berlaku hanya untuk sehari sahaja.
Kalau gitu eloklah depa ini buat perancangan dan persediaan untuk mkenghadapi hari kiamat sekali.
5)Tak buat lagi atau cuba sudah cakap tak da apa2 perubahan (SEDANGKAN TIADA APA2 ATAU CUBAAN DILAKUKAN KEATAS SUNGAI TERSEBUT)
6)Apabila banjir Taman TTDI jaya nanti mudahlah ada yang membantu. Itulah depa. silap2 kerete Jenazah atau mayat pun akan memberi bantuan pada penduduk TTDI nanti.
FIKIR2KAN LAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment