Tarikh :
Kepada : Kesemua pemilik2, Penyewa2 , Jayamas Dan TTDI Jaya ,
Assalamualaikum…..
Tujuan : Petision….Sila tulis nama dan tandatangan serta beri no taliphon atau sms nama ke 0193887388
Tajuk : Membantah Sebahagian Cadangan Menaik Taraf Jalan
Montfort(h9) Dari Persimpangan Politeknik Shah Alam Ke Jalan Masuk TUDM, Shah Alam
Perkara : Merujuk kepada tajuk diatas, kami pemilik2 premis Jayamas dan juga penduduk Taman TTDI Jaya membantah
sekeras2nya sebahagian pembinaan Menaik Taraf Jalan Montfort(h9) Dari Persimpangan Politeknik Shah Alam Ke Jalan Masuk TUDM, Shah Alam
2) Bantahan ini dibuat dengan sekeras-kerasnya setelah
pihak kami dimaklumkan oleh Kontraktor Utama iaitu Cekal Tulin Development Sdn. Bhd. () Bahawa jalan utama di hadapan premis Jayamas 1, akan dinaikan ketinggiannya hampir kepada 4 kaki lebih tinggi dari pada asal. Bermula dari petrol pump petronas hinggalah sampai di jejantas hadapan sekolah rendah TTDI Jaya.
3) Dan juga jambatan baru yang akan di bina dengan ketinggian yang lebih tinggi iaitu 10 kaki daripada jambatan sedia ada. Sebaik sahaja siap, jambatan lama akan di robohkan dan akan di bina dengan sebuah lagi jambatan yang baru dengan ketinggian yang sama.
4) Bantahan ini di buat sekeras-kerasnya kerna sebahagian besar jalan2 tersebut masih baru dan baik yang mana telah disiapkan oleh kontaktor pemaju Horsedale Development Berhad. Juga semasa banjir besar yang melanda TTDI Jaya pada tahun 2006 tiadanya berlaku banjir dikawasan jalan ini.
5) Begitu juga dengan perobohan jambatan amat tidak praktikal bagi digantikan dengan jambatan baru. (semasa banjir besar yang melanda TTDI Jaya pada tahun 2006 tiadanya berlaku banjir diatas jambatan ini.
Jambatan yang sedia ada juga di fahamkan oleh JKR baru dibina kurang dari sepuluh tahun. Saya juga dimaklumkan oleh kontraktor Utama jejantas yang merentasi dihadapan sekalah rendah TTDI Jaya juga akan dirobohkan dan diganti dengan yang baru bg memberi laluan pembinaan jalan ini.
6) Kesan ketara keatas pembinaan jalan yang lebih tinggi dan juga jambatan baru yg lebih tinggi . Akan menyebabkan air hujan mengalir ke premis2 dan menyebabkan nilai hartanah akan jatuh iaitu kurang bernilai dari sedia ada dan kadar sewa akan menjadi Rendah Serta keindahan Jayamas akan Tercemar. Banyak premis2 yg mengadap jalan raya yg mana yg lebih tinggi tidak bernilai komersial. Contoh terdekat kedai2 setingkat setengah di TTDI Jaya sendiri dan kedai 3 Tingkat Di
Sepatutnya jalan-jalan didalam kawasan komersial TTDI Jaya seperti jalan2 berhadapan Maybank dan sekitarnya dinaikan aras ketinggiannya. Ini kerna kawasan tersebutlah yang mengalami kesan banjir yang teruk.
7) Untuk pengetahuan sahabat2 Jambatan yang sedia ada ini berada pada kedudukan yang lebih tinggi . Jika dibandingkan dengan jambatan2 yg sedia ada berhampiran dengannya. Contoh jambatan yg merentasi ke Giant dan Stadium. Jambatan di dalam Taman TTDI Jaya sendiri serta Jambatan berhampiran ke persimpangan TUDM.
Jambatan2 yang berada didalam taman2 TTDI Jaya lah yang seharusnya di robohkan dan dinaikan ketinggiannya kerana kedudukan arasnya yang rendah semasa kejadian banjir buruk dahulu telah menyekat aliran air sungai dengan lancarnya.
8) Ketinggian jalan utama dihadapan premis kami ini akan menyebabkan aliran air hujan akan mengalir kearah premis2 Jayamas 1 nanti. Sedangkan projek tebatan banjir dan pembinaan kolam tadahan hujan telah dibuat dan masih dalam pembinaan oleh syarikat Wijaya Baru Sdn. Bhd. Maka tidak perlunya dibina jalan yg lebih tinggi dan jambatan baru yg lebih tinggi dari asal serta jambatan sedia ada boleh digunakan. Ianya umpama marahkan nyamuk kelambu di bakar. Marahkan sungai , Jambatan dirobohkan.
9) Hampir 100% majority pemilikan premis2 di Jayamas 1 adalah milik bumiputra begitu juga pemilikan premis di TTDI Jaya yg mejoritinya dimiliki oleh bumiputra. Dengan kata lain kezaliman atau penganayaan tidak berlaku hanya pada sesuatu bangsa .
10) Kami merayu pada sahabat2 wartawan baik media cetak atau media elektronik agar dapat membantu menyiasat projek ini kerna kemungkinan telah dan akan berlakunya pembaziran wang rakyat dengan sewenang-wenangnya diatas penganugerahan projek tersebut dan ketidakcekapan serta professionalisme consultan didalam mereka bentuk pembangunan ini.
11) Unsur2 kecurigaan di dalam projek ini menimbulkan
keraguan yang jelas dan nyata serta pembaziran yang melampau.
Sebagai contoh jalan2 di jalan utama ini tidak perlu dinaikan aras ketinggiannya yang perlu adalah di dalam Taman TTDI Jaya sendiri terutama sekali di kawasan komersial disitulah berlakunya banjir yang teruk pada tahun 2006 , Jambatan2 yg rendah yang berada didalam Taman TTDI Jaya lah yang perlu di robohkan dan dinaikan ketinggiannya kerana ianya rendah dan boleh menyekat aliran sungai apabila kapasiti air sungai meningkat luar biasa.
12) Meruntuhkan jejantas yang baru dibina di hadapan sekolah rendah TTDI Jaya bg laluan projek ini amat menduka citakan kerna jejantas tersebut baru dibina kurang setahun. (See another wasted public money)
13) Didalam keadaan rakyat yang tersepit dengan kenaikan bagi keseluran barangan keperluan dan perkhidmatan . Kami memohan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dapat melihat masalah kami ini dan mengkaji semula rekabentuk agar pengurusan kecekapan dan professionalisme jabatan kerja raya serta mereka yang terlibat tidak tercemar. Dengan kata lain pengurusan yang cekap dapat menjimatkan wang rakyat.
14) Pengurusan yang cekap dan penjimatan wang rakyat secara tak langsung dapat membendung kenaikan inflasi yang secara lansung membantu rakyat.
Sekelian : Ikhlas dan Ribuan Terrima Kasih
Daripada : Wakil Pemilik2 Kedai Jayamas , TTDI Jaya
Zabri Bin Mokhtar
31, Jalan Saujana Indah 4,
40150 Shah Alam,Selangor.
Tel: 0193887388
1 comment:
ayat berterabur cam taik kambenk... elok2 ar skit.rmai org bace blog ko
Post a Comment